Showing posts with label tip kewangan. Show all posts
Showing posts with label tip kewangan. Show all posts

Tuesday, July 23, 2019

Walau hanya RM1


Ia masih duit .. di tempat saya, kuih masih boleh didapati dengan harga 4 RM1. Nasi lemak RM1 pun masih ada, dan sedap pula tu…. Berbanding dengan sushi yang berharga RM2 satu, lagi untung beli kuih kan … Tapi ia terpulang pada tekak dan kocek masing - masing.  

Walau hanya RM1, jika dikumpulkan, ia akan tetap boleh banyak, walau ambil masa yang lama, walau rasa ia sedikit … Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jangan membazir, dan berjimat sedaya mampu.

Tudung RM100 dan RM10 tak berbeza pun fungsinya, tapi dengan beza RM90, macam-macam boleh dibuat. Kalau sehelai tudung dapat jimat RM90, bayangkan lebih daripada sehelai … Tapi ia bukan mudah, sebab nafsu selalunya melangkahi akal …

Begitu juga dengan lain-lain barang. Tapi, memang susah nak berjimat kalau hati tak kental, tak kuat, dan tak biasa … Jadi, perlu biasakan yang baik, dan jauhkan pembaziran yang kurang baik.
Ini pun peringatan untuk diri sendiri.


Monday, July 22, 2019

Tip 1: Jimat, Jimat, Jimat



Sebelum terasa nak kaya, nak banyak duit, nak buat pelaburan, perkara pertama dalam pembelajaran  kewangan adalah menyimpan. Menyimpan sangatlah penting dan hati perlu kuat  untuk menyimpan …. Sebab menyimpan itu susah jka tiada tekad yang kuat .

Yelah kan, buat apa menyimpan bila duit itu boleh digunakan untuk macam-macam seperti beli barang, beli makanan, tengok wayang dan senarai yang boleh digunakan dengan duit adalah tidak berkesudahan.. jadi, memang susah untuk menyimpan.

Tetapi, usahakanlah  untuk menyimpan, baru boleh pergi ke langkah seterusnya, iaitu belanja…

 
Lagi banyak yang boleh disimpan, lagi bagus tetapi maksudnya di sini adalah perlunya kurangkan belanja, dan perlu bezakan antara kehendak dan keperluan 

Sebab itu perlu juga faham konsep keperluan dan keinginan… 

Mahirkan konsep ini untuk kesenangan masa hadapan. 

Memang bukan mudah nak senang, tapi sangatlah senang nak susah.